Thursday, June 07, 2007

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkahwin dengan Jeanne Abdullah

PUTRAJAYA 6 Jun -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Majlis akad nikah hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan berkenaan.

Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana. - Bernama

Gambar isteri perdana menteri Jeanne Abdullah

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More