Tuesday, December 04, 2007
Anak Sheila Majid?
Thursday, November 08, 2007
Gambar Kekasih Sheikh Muszaphar Shukor
Adakah ini kekasih Sheikh Muszaphar Shukor?
Tuesday, November 06, 2007
Borang B dari LHDN
Satu hari seorang pembayar cukai telah menghubungi pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) di Terengganu untuk bertanyakan mengenai Borang B. Seorang kerani LHDN yang menerima panggilan meminta alamat penuh si pembayar cukai supaya pihaknya dapat mengepos borang ke rumah. Ikuti perbualan telefon mereka:
Kerani LHDN : "Boleh bagi alamat encik?"
Pembayar Cukai: "Hantar ke Ranhill Worley."
Kerani LHDN: "Ranhill... eja macam mana?"
Pembayar Cukai: "R.. utk Rumah... A utk Ayam.. N utk Nangka... H utk Holland ... I utk itik... L utk lain-lain...."
Kerani LHDN: "Ok.. nanti kami hantar ke alamat tu"
Selepas seminggu berlalu, borang yang ditunggu telahpun sampai, tengok dan perhatikan betul-betul alamat dalam envelop!!!
Tuesday, September 04, 2007
Kelantan Delight - Takkan Melayu Hilang di Dunia
Penutupannya juga menandakan sudah tidak ada lagi restoran yang menyajikan masakan Melayu di situ. Apakah salah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu ujud kedai yang menyediakan masakan Melayu kepada orang ramai yang berkunjung ke Menara berkembar Petronas?
Ini hanya Pengurusi Eksekutif Suria KLCC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, seorang warga Australia bernama Brian Andrew yang boleh memberi jawapan.
Kalau ditanya tentulah mereka mengatakan bahawa tuan punyai Kelantan Delights, uhaidi Yean Abdullah dan isteri tidak mahu membayar sewa yang dikenakan, ia itu RM44,000 sebulan, naik dari RM30,000 sebelum ini.
Pengurusan bongkak
Juhaidi berkata masalahnya bukanlah kadar sewa yang dikenakan, tetapi sikap pengurusan yang agak bongkak seolah-olah memberikan kata dua kepadanya tanpa mahu berunding. Apakah kenaikan kadar sewa yang begitu melonjak berpatutan – naik hampir 50 peratus dalam tempoh setahun?
Pengurusan Suria KLCC juga tidak telus kerana merahsiakan kadar sewa yang dikenakan kepada premis lain yang bersebelahan. Misalnya Chakri Palace (masakan Thai), Spice of India atau Madame Kwan dan Shan Village (masakan Cina).
Apakah kadar sewa yang dikenakan kepada mereka itu sama dengan yang dikenakan kepada Kelantan Delights?
Mereka menjadikan kadar sewa yang dikenakan seperti satu rahsia negara yang amat besar sekali.
Kini premis itu yang telah dipopularkan juga oleh Kelantan Delights akan diberikan kepada suatu restaurant Korea. Dengan ini berbagai masakan negeri asing boleh dinikmati di Suria KLCC tetapi jangan harapkan mendapat masakan Melayu di situ.
Apakah gambaran yang hendak diberikan pengurusan Suria KLCC? Salahkah kalau disimpulkan bahawa mereka berpandangan bahawa masakan Melayu tidak layak disajikan kepada pengunjung Menara Kembar Petronas?
Apakah salah kalau diandaikan pengurusan Suria KLCC tidak langsung prihatin dengan keadaan tempatan? Dengan tamatnya riwayat Kelantan Delights di situ, makanan Melayu sudah tidak terdapat lagi di Menara Kembar Petronas. Apakah tidak aneh masakan bangsa-bangsa lain boleh dinikmati di situ tetapi masakan tempatan tidak ada?
Makanan Melayu tidak setaraf?
Apakah makanan Melayu tidak setaraf makanan bangsa-bangsa lain hingga tidak lagi diberi tempat di situ? Salahkah kalau disimpulkan bahawa pengurusan Suria KLCC tidak mahu orang yang mengunjundi Menara Kembar Petronas menikmati masakan Melayu?
Maka tidak menghairankan pengacara TV Aziz Desa yang turut hadir dalam jamuan terakhir di situ malam tadi antara lain memberi rangkap pantun ini:
Buai laju-laju, Sampai KLCC, Apa nasib Melayu, Merempat di negeri sendiri.
Antara mereka yang hadir adalah beberapa orang rakan wartawan dan personality TV seperti Ras Adiba. 'Kelantan Delights' juga meraikan seramai 40 orang warga tua dari Rumah Seri Kenangan Ceras.
Apakah yang boleh disimpulkan dari perkembangan terakhir ini yang dihadapi pekedai-pekedai Melayu di situ? Nampaknya satu demi satu kedai Melayu terpaksa ditutup.
Maka dengan itu kini tiggal hanya 10 buah kedai yang diusahakan Melayu daripada 325 buah kedai. Apakah ini tidak menimbulkan keresahan dikalangan orang Melayu? Apakah pihak berkuasa tidak langsung prihatin dengan perkembangan ini dan sikap pengurusan Suria KLCC?
Kabarnya keadaan di Alamanda Putrajaya yang juga diuruskan Suria KLCC tidak banyak berbeza dengan apa yang sedang berlaku di Menara Kembar Petronas.
Alamanda Putrajaya dan KLCC hampir sama
Tidak menghairankan kerana Ketua Pegawai Eksekutif Alamanda adalah isteri kepada Brian Andrew iaitu Lisa Words. Apakah tidak aneh isteri boleh dilantik sebagai boss anak syarikat di mana suaminya menjadi ketua?
Perkembangan ini sebenarnya memberi implikasi besar terhadap kedudukan perniagaan Melayu di kompleks beli belah yang bertaraf antarabangsa.
Orang Melayu sendiri tidak mengharapkan pembelaan dari komplek yang dikuasai bukan Melayu seperti Mega Mall atau One Utama. Tetapi kompleks membeli belah yang dikuasai sebuah Syarikat Kaitan Kerajaan (GLC) tentunya perlu ada sedikit pertimbangan untuk menggalakan peniaga Melayu.
Apa yang berlaku kepada Kelantan Delights juga menunjukan sikap kurang prihatin oleh kerajaan dan institusi yang kononnya diujudkan untuk memelihara dan membantu peniaga Melayu. Jadi dimanakah usaha mahu menggalak orang Melayu berniaga?
Melayu yang benar-benar berkebolehan bukannya yang Ali Baba dimana rakan kongsi Melayu hanyalah sebagai ‘sleeping partner’ saja.
Apa khabar Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi? Apa khabar MARA? Tidak adakah satu pun Jabatan atau Ajensi Kerajaan prihatin terhadap apa yang sedang melanda peniaga Melayu di Suria KLCC?
Tiada kesudahan
Khabarnya Ketua Setiausaha Kementeri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ada menemui Pengurusan Suria KLCC. Tetapi tidak pula diketahui apa hasilnya. Yang diketahui Kelantan Delights sudah tutup kedai di sana. Nampaknya tidak ada kesudahan.
Malah perjumpaan antara Ketua Setiausaha Kementerian dengan pengurusan Suria KLCC yang tidak membawa kepada pembelaan peniaga Melayu akan memberikan hasil yang lebih buruk kerana tidak apa pun yang berlaku. Pengurusan Suria KLCC tentunya akan bersikap lebih bongkak dan sombong seolah-olah mereka kebal dan boleh melakukan apa saja tanpa siapa pun boleh menegur. Malam tadi saya juga terpegum melihat empat pasagan orang putih yang hendak memasuki restoran. Salah seorang pekerja Kelantan Delights yang berada di pintu memberitahu bahawa restoran tidak dibuka untuk pelanggan malam itu.
Tetapi Juhaidi yang kebetulan berada berhampiran sedarkan apa yang berlaku dan terus mencelah dan memperlawa mereka masuk menikmati hidangan secara gratis.
Salah seorang daripada mereka memberi tahu bahawa mereka datang dari Rusia dan mahu menikmati Nasi Kerabu sambil menunjukkan buku pelancungan dalam bahasa Rusia dengan nama Kelantan Delights di tandakan.
Juhaidi terus gugup bahawa restorannya dimasukkan dalam buku pelancungan Rusia. Beliau memberitahu mereka bahawa Nasi Kerabu tidak disajikan malam itu tetapi telah memberikan mereka hidangan nasi dagang serta hidangan lain.
Seorang daripada pelancung Rusia itu yang perkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai Kerajaan Tempatan Moscow telah memperlawa Juhaidi membuka Kelantan Delights di ibu negara Rusia itu. Nampaknya orang asing lebih menyokong Kelantan Delights daripada Suria KLCC.
Juhaidi memberitahu saya bahawa restorannya itu sememangnya mendapat tempat dalam beberapa buku pelancungan asing selain dari dalam bahasa Inggeris juga buku pelancungan dalam bahasa Jepun dan Arab.
Untuk mengakhirkan cerita malam tadi bukanlah bermakna Kelantan Delights akan terus terkubur; hanya di Menara Kembar Petronas. Dua bulan lagi ia akan muncul semula kali ini di Sentral, tepatnya di Sooka Sentral bersebelahan pusat pengangkutan Sentral dan Hilton Kuala Lumpur.
Juhaidi memberitahu bahawa Pengurusan MRCB yang lebih prihatin kepada peniaga Melayu telah mempelawanya membuka kedainya di bangunan yang baru selesai di bina itu. Nampaknya ‘Suria KLCC’s loss is a gain for MRCB’s Sooka Sentral’.
Kita berhadap Kelantan Delights akan lebih maju dan berjaya di Sooka Sentral./wann.
Rencana ini dipetik dari laman web mykmu .net
Monday, August 27, 2007
Gambar Pelajar Muslim Veterinar memegang Babi dan Anjing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kepada yang berkenaan,
Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang
Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit
maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi
internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan
Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh
anjing dan babi.
Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan
huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah
tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang
banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA
MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM
SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH
ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI
KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN
MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.
Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram.
Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah,
dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya
setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?
Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit
pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan
Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung
pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan
Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di
Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang
yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang
terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat
menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat
serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan
dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada
perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar
yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan
isu ini.
Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan)
sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi
merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya
vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan
merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat
sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.
Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang
akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun,
bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan,
adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat
pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan
pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-
penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada
tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat
juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel
yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis,
organ-organ dan sebagainya
Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar
akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan
organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi
dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan
membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya
apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara
umumnya saya bersetuju dengan perkataan EURO '³desensitization EURO '´
yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut
kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak
sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan
tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang
dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.
Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek
pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5.
dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan EURO '¶ kumpulan ini
akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah
ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama
seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah
amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap
anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke
ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis
penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat,
gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah
gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam
subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan
saya, pelajar itu berkongsi gambar EURO '¶ gambar tersebut secara
umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau
sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang
mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.
Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan
babi yang dikategorikan sebagai najis EURO '³mughollazoh EURO '´
iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti
mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai
yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim
boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan
pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama
hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis EURO '³mughollazaoh EURO '´
tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila
kita menyentuh najis EURO '³mughollazoh EURO '´ kita dikehendaki
menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang
telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan
air EURO '³musta EURO '²mal EURO '´ (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x.
Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya
bukan menyentuhnya.
Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu
yang merasakan EURO '±geli EURO '² atau jijik terhadap anjing dan babi.
Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada
ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak
daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses
menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak
dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun
telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi,
merasa kekok dan sedikit EURO '±geli EURO '² apabila kali pertama
memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat
anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana
tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut
ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat
bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses
mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan
anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya
diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat
hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh
anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu
berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut.
Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan
dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum
kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?
Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana
termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi
untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia
memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan
ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari
sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat
apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi
serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah
dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.
Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui
tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan
pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan
tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian
kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah
mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya
pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana
khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam
pula tidak perlu risau kerana najis ini EURO '³tidak berjangkit EURO '´
maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah
membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih
belum menyamak tangannya, ia tidak EURO '³berjangkit EURO '´ jika anda
bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa)
pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan
tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda
bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara
anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang
memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi.
Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis.
Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz
untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan
mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika
terdapat najis EURO '³mughollazoh EURO '´ pada badan yang tidak
diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah
sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka
yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan -
persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti
bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda,
apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan
yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim
memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan
babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu
orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang
sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia
yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?
Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam,
dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak
mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira
perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang
kerjaya anda jika anda mencarinya EURO '¥ini kerana Islam itu adalah
cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang,
dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang
pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan
tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.
Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil
tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya
masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak
dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya
mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang
senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan
kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu
daripada soalannya adalah EURO '³jika anda melihat seekor anjing
yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan
kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda EURO '´. Sebagai
seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu
jawapan yang menyatakan EURO '³Tidak, kerana saya seorang Islam EURO '´.
Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita
perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan
sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya
Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya,
terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.
Wallahua EURO'²lam
Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan,
memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan
dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada
lapanjuta@yahoo . co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua.
Terima kasih.
Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM
Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
Wednesday, August 08, 2007
Video Negarakuku oleh Namewee
http://www.youtube.com/watch?v=NczMNH0dbEQ
Thursday, June 07, 2007
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkahwin dengan Jeanne Abdullah
Majlis akad nikah hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan berkenaan.
Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.
Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana. - Bernama
Wednesday, May 30, 2007
Hilang Kenikmatan Bersetubuh
SAYA berusia 31 tahun dan sudah empat tahun berkahwin. Saya menghadapi masalah tidak merasai nikmat bersetubuh.
Setiap kali mengadakan persetubuhan dengan isteri, saya tidak merasai keseronokan atau kepuasan walaupun dalam keadaan ghairah malah kesakitan.
Akibatnya, zakar mengendur dan tidak mampu mengeluarkan mani. Sejak berkahwin, air mani tidak pernah keluar. - LELAKI MALANG | Johor.
PUSAT kawalan ejakulasi air mani dalam sistem ejakulasi terletak pada urat saraf di tulang belakang. Proses ejakulasi tercetus dari otak akibat tindak balas rangsangan seksual dan air mani yang terkumpul dalam penghujung salur sperma akan terpancut otot sistem pancutan apabila lelaki klimaks.
Pancutan air mani atau ejakulasi ialah kemuncak rangsangan seksual dan ia dikawal urat saraf dan hormon testosterone. Jika urat saraf terganggu, pancutan air mani tidak berlaku.
Masalah seperti keradangan urat saraf akibat penyakit kencing manis dan ‘multiple sclerosis’ ialah antara penyakit kepada masalah itu. Tekanan mental juga boleh menyebabkan kegagalan ejakulasi selain kekurangan hormon testosterone yang berlaku kepada lelaki berumur.
Bagaimanapun sebahagian besar masalah kegagalan ejakulasi tidak dapat dikesan. Ada yang diberi rawatan dengan mengambil vitamin B1, B6 dan B12 serta ubat untuk memantapkan tindak balas urat saraf.
Alat getaran atau ejakulator dapat membantu. Ia membabitkan proses pengumpulan air mani untuk disalurkan ke faraj pasangan bagi kehamilan.
Ada juga lelaki mendapat kenikmatan ketika tidur (mimpi basah) tetapi tidak ketika bersetubuh atau onani. Ada juga lelaki yang ketagih dengan amalan onani hanya boleh mencapai ejakulasi melalui amalan itu.
Kehamilan boleh terjadi jika air mani dapat dikumpul melalui onani dan menyalurkan ke faraj pasangan untuk kehamilan.
Apabila sesuatu hubungan seksual itu mendatangkan tekanan kepada satu pasangan seperti si suami tidak dapat mencapai ejakulasi, isteri juga tidak akan merasai nikmat bersetubuh.
Saya nasihatkan anda dan isteri berjumpa doktor yang mahir bagi mengelak masalah ini berpanjangan.
Sunday, May 20, 2007
Istilah Pelaburan
aset - harta benda milik seseorang (syarikat dll) yg berharga atau yg dapat dijual utk digunakan utk membayar hutang
bankruptcy - orang yg didapati oleh mahkamah tidak berupaya menjelaskan hutang
sijil deposit
komoditi - barang dagangan
bon - perjanjian
dividen - pembahagian untung kpd pemegang-pemegang saham dlm sesuatu kumpulan
equity - keadilan
Tuesday, April 03, 2007
Sila Jawab Soalan Matematik Ini
Ahmad seorang yang miskin. Dia tiada duit.
Dia nak beli baju yang harganya RM50
Dia pinjam kat kawan A rm25 dan dia pinjam kat kawan B rm25
so dia pegi la nak beli baju tu.
masa dia pegi. dia tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm45.
Dia bayar then dia dapat baki rm5.
Dia bagi kawan A rm1 dan dia bagi kawan B rm1.
Dia tinggal rm3.
Dia hutang kawan A rm24 dan dia hutang kawan B rm24.
so dia hutang rm48.
Dia ade rm3 skarang.
rm48+rm3= rm51
Kenapa boleh ada RM51? sedangkan dia pinjam RM50.?
Ali
Ali miskin. Dia takde duit.
Dia nak beli baju yang berharga rm50.
Dia pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
Ao dia pegi la nak beli baju tu.
Masa dia pegi. dia tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga RM44.
Dia bayar then die dapat baki rm6.
Dia bagi kawan A RM2 dan die bagi kawan B RM2.
Dia tinggal RM2.
Die hutang kawan A RM23 dan die hutang kawan B RM23.
So die hutang RM46.
Dia ade rm2 skarang.
RM46+RM2= RM48
Mana lagi RM2?
Kisah Disebalik April' Fool
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang - orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya,lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja diSepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah
Thursday, February 01, 2007
Seks Dalam Tandas
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"
Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.
Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.
Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.
Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.
Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?
Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?
Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.
Cikgu Sahab : ?!!
Pemikiran bbudak zaman sekarang
Monday, January 08, 2007
Adakah Kamu Dan Dia Sehaluan
Masalah Pendidikan
Masalah pendidikan memang tidak dapat dipisahkan bagi golongan bercinta seperti kamu. Mungkin si dia lebih bijak dan pintar dari kamu atau sebaliknya. Tahap pemikiran kamu berdua mungkin agak berbeza. Di mana kamu mempunyai cara tersendiri utk menyelesaikan segala masalah. Tetapi mungkin si dia berlainan pula daripada kamu. Kamu harus menerima kenyataan, bahawa cara org yg mempunyai imaginasi dan taraf pemikiran yg tinggi mungkin mempunyai cara yg tersendiri utk melarikan diri daripada dibelenggu oleh masalah. Tetapi jgn kamu berasa tertekan dan terasa hati jika temanmu itu mempunyai taraf pendidikan yg lebih tinggi daripada kamu. Kadangkala dalam konteks menyelesaikan masalah, mungkin kamu lebih bermain dengan emosi dan perasaan. Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna tarafmu terlalu rendah berbanding dengannya. Baginya kamu tetap sama, tiada rendah atau tinggi. Tetapi di dalam soal kepimpinan, kamu haruslah menghormatinya. Mungkin juga kamu merasai, kamu telah dibelakangi, tetapi jgn kamu membuat salah tanggapan terhadapnya. Si dia masih tetap menyayangimu.
Masalah Usia
Masalah usia sering dikaitkan dengan kematangan dan kedewasaan seseorang. Sekarang ini apa yg perlu kamu fahami ialah jika pasanganmu lebih tua usianya berbanding kamu. Walaupun umurnya lebih tua daripada kamu, ia bukanlah bermakna cara pemikiranmu lebih cetek berbanding dengannya. Cuba saling bertolak-ansur antara satu sama lain. Mungkin di dalam membina satu perhubungan kamu haruslah bersikap matang di mana jgn terlalu berprasangka buruk terhadap temanmu. Anggaplah si dia sudah menjadi hakmu sepenuhnya dan kamu pula adalah miliknya pula. Sementara itu, si dia akan terfikir bahawa kehadiranmu di dalam hidupnya telah memberi satu sinar baru dan mewarnai hidupmu. Jadi kamu harus bijak di dalam menjamin keharmonian dan keutuhan hubunganmu.
Masalah Keluarga
Mungkin ia telah menjadi kebiasaan apabila kamu dan pasanganmu tinggal di dalam bandar yg sama, taman perumahan yg sama dan pejabat yg sama. Jadi di dalam soal ini, kamu seharusnya memahaminya. Kadangkala masalah akan banyak timbul jika kita tinggal berdekatan. Pelbagai cabaran dan ujian yg akan datang utk menguji keutuhan perhubungan kita. Jadi, kamu haruslah memahaminya. Sepanjang perhubunganmu, pernahkah si dia membatalkan rancangannya utk berkunjung ke rumahmu. Tambahan pula pada ketika orang tuamu sedang menunggu kehadirannya. Jika ia berlaku di dalam hidupmu, kamu tidak boleh menyalahkan si dia. Kamu harus kaji kenapa si dia harus membatalkan niatnya. Di sini kamu harus berperanan sebagai seorang kekasih yg begitu memahami, mungkin juga si dia sibuk dgn tugasnya ketika itu. Kamu tahu kan itu semua utk kamu juga, kan? Mungkin dia juga mempunyai komitmen terhadap keluarganya juga pada waktu itu.
Kepercayaan
Perbezaan kepercayaan memang sering berlaku di dalam perhubungan. Namun begitu jika tiada sedikit pertelingkahan di dalam perhubungan juga tidak sah di dalam menjalinkan perhubungan. Kadangkala ia dapat memperkukuhkan sesuatu perhubungan itu. Kamu haruslah memainkan perananmu. Jgn terlalu mengongkong. Mungkin pernah berlaku di dalam hidupmu si dia membatalkan pertemuan di saat2 terakhir. Kamu haruslah cuba faham. Mungkin hari yg kamu tetapkan tidak sesuai baginya.
Masalah Keupayaan
Masalah ini normal berlaku kepada pasangan bercinta. Mungkin juga kamu lebih mementingkan soal perasaan dan belaian manja sedangkan si dia lebih mementingkan soal berdiri di bumi yg nyata. Namun ia bukanlah menjadi batu penghalang di antara kamu dan si dia. Oleh itu, jalan yg terbaik ialah sebelum kamu mengetahui prinsip yg dipegang olehnya, adalah lebih baik kamu jgn mengambil sebarang tindakan. Jika kamu mengambil tindakan yg melulu, ia mungkin akan merosakkan perhubungan juga. Kaji siapa dia dan siapa kamu. Mungkin masalah itu timbul daripadamu juga. Cuba bawa berbincang. Ia akan dapat menyelamatkan perhubungan.
50 Tips pikat lelaki
1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!