Sunday, June 19, 2011

Zami Ismail atau Pak Uda Meninggal Dunia




Zami Ismail, 67 tahun atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda telah meninggal dunia pagi tadi. Pak Uda telah meninggal dunia jam 10.30 pagi tadi di IJN akibat serangan jantung. Arwah Zami Ismail merupakan seorang pelakon komedi yang telah menghiburkan kita menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Sedang kita bergelak ketawa dengan kemeriahan MAHARAJALAWAK, jangan pula kita lupa kepada mereka yang telah pergi. Al Fatihah.

Friday, November 20, 2009

Maria Ozawa datang Malaysia?



Pelakon AV Jepun, Miyabi, atau nama penuhnya Maria Ozawa, telah membatalkan lawatannya ke Indonesia berikutan protes dari pelbagai pihak di Indonesia. Beliau dijangka membuat rakaman filem terbarunya berjudul "Penculikan Miyabi". Rentetan dari itu, adakah Maria Ozawa akan datang ke Malaysia?

Maria atau Miyabi sepatutnya tiba di Jakarta pertengahan Oktober untuk memulakan rakaman filem edaran Maxima Pictures, di arahkan oleh Odi Mulya Hidayat, yang skrip ditulis oleh Raditya.

Miyabi dilahirkan dengan nama Maria Ozawa pada 8 Januari 1986 di Hokaido, Jepun. Namanya terkenal sebagai salah seorang pelakon lucah AV Idol (Adult Video Idol) yang mula muncul sekitar tahun 2005. Sejak dari itu dia telah pun membintangi lebih dari lima puluh video porno / lucah hasil produk Jepun, tidak termasuk beberapa lagi video kompilasi yang lain.

Thursday, November 19, 2009

Kelab Peminat Facebook Selebriti Malaysia



Senarai kelab peminat Facebook artis dan selebriti Malaysia:

Natasha Hudson (Model/Pelakon)
Erin Malek (Pelakon)
Juliana Evans (Pengacara/Pelakon)
Ummi Nazeera (Pelakon)
Fizz Fairuz (Pelakon)
Remy Ishak (Pelakon/Model)
Fasha Sandha (Pelakon)
Zed Zaidi (Pelakon)
Fahrin Ahmad (Pelakon)
Din Beramboi (Pelawak/Pengacara)
Chef Wan (Pengacara/Pelakon)
Liyana Jasmay (Pelakon/Penyanyi)
Nasha Aziz (Pelakon/Model)
Faizal Tahir (Penyanyi)
Scha alyahya (Pelakon)

Wednesday, August 19, 2009

Belajar sunting foto

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com

Laman sesawang http://www.ilmuit.com mampu mengajar pengguna amatur menggunakan Adobe Photoshop sehingga mahir.



REMAJA yang gemar merakamkan gambar sudah tentu suka menyunting (edit) gambar mereka. Lazimnya, kebanyakan remaja hanya tahu menggunakan aplikasi Paint tetapi tidak tahu bagaimana menggunakan Adobe Photoshop kerana ia lebih rumit.

Namun, dengan hanya melayari laman web http://www.ilmuit.com dan klik pada Adobe Photoshop, anda boleh mempelajarinya, malah memahami penggunaannya dengan mudah.

Adobe Photoshop adalah produk perisian penyunting imej yang boleh digunakan untuk mencantikkan foto mengikut keinginan pengguna. Anda juga boleh menambah dan menguruskan warna mengikut imej grafik.



Ia didatangkan dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna untuk memilih, melukis, dan menyunting imej. Antara peralatan yang disediakan di dalam Adobe Photoshop ialah toolbox, multiple undo, pengurusan warna dan pengurusan lapisan (layer).

Pengguna hanya perlu faham dan tahu menggunakan toolbox sebelum mahir mengaplikasikan Adobe Photoshop. Fungsi toolbox membolehkan anda memilih pelbagai alat seperti pemadam, pengabur, penajam, penerang, penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk dan mewarna.

Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan ciri brushes iaitu alat untuk memberus dan palettes iaitu alat mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital. Terlalu banyak kegunaan Adobe Photoshop yang boleh dipelajari. Secara umumnya, anda boleh melakukan apa sahaja ke atas foto yang telah dirakam.



Walaupun foto yang anda miliki sudah terlalu lama dan berwarna kekuningan, dengan adanya Adobe Photoshop, semua masalah tersebut dapat diatasi.

Di dalam laman web itu juga, terdapat beberapa teknik pembelajaran Adobe Photoshop seperti membentuk kecerunan warna, mengubah dan membesarkan mata, selain cara mewarnakan rambut.

Selain itu, terdapat teknik membuat border gambar, menghasilkan efek hitam putih dan berwarna serta menghasilkan lukisan cat air.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0811&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_07.htm

Sunday, April 06, 2008

Gambar-gambar Sufiah Yusoft atau Shilpa Lee





Gambar-gambar Sufiah Yusof (Shilpa Lee)


Thursday, April 03, 2008

UMNO Sarkis - kata Sudin dalam Filem Bujang Lapok



Petikan skrip perbualan di antara 3 sahabat Ramli, Sudin, dan Ajis dalam cerita Pendekar Bujang Lapok.

Ramli: Eh.. Sudin, ini bacanya apa macam?
Sudin: Alim Mim Nun Wau, alip tendang wau .. sarkis daa
Ajis: Ape da sarkis.
Ramli: Hey, ini sikit punya panjang bacanya sarkis?
Sudin: Itu yang panjang tu bunga saje, yang sikit tu la sarkis. tak reti?
Ramli: Tulis pakai bunga?
Sudin: Abis takkan hutang je pakai bunga?

Untuk melihat sedutan klip video Pendekar Bujang Lapok, klik sini:

http://www.youtube.com/watch?v=cnnCoszOUwc

Sunday, February 24, 2008

Sejadah berdiri



KLANG: Seorang guru di Taman Kapar Setia, Kapar, di sini, berdepan pengalaman ‘pelik tapi benar’ apabila mendakwa sejadah miliknya yang dibeli ketika menunaikan haji di Makkah ‘berdiri’ dengan sendiri selama 32 jam, baru-baru ini.

Yusof Palil, 46, berkata kejadian mengejutkan itu berlaku pada jam 3 petang ketika dia dan anaknya, Kamarul Effendy, 16, menonton televisyen selepas menunaikan solat Zuhur.

"Selepas menunaikan solat, saya letak sejadah di atas kerusi dan berbaring untuk menonton televisyen bersama anak. Tiba-tiba anak saya memberitahu, dia melihat sejadah itu bergerak dan ‘berdiri’.

"Saya buat tak tahu saja kerana menganggapnya gurauan tetapi apabila saya melihat sendiri, memang benar apa yang diperkatakannya," katanya.


Menurut Yusof, dalam keadaan tergamam, dia menyuruh anaknya memanggil jirannya supaya dapat membantu mengesahkan apa yang dilihatnya adalah satu kebenaran.

"Jiran saya beritahu memang benar sejadah itu berdiri dan dalam sekelip mata, kejadian itu heboh diperkatakan sehingga rumah saya tidak henti-henti dikunjungi penduduk setempat, rakan dan saudara mara.

"Yang menghairankan, sejadah itu ‘berdiri’ selama 32 jam, iaitu dari Isnin jam 3 petang sehingga Selasa jam 10 malam sebelum dilihat jatuh secara perlahan-lahan.

"Sepanjang tempoh berkenaan, hampir 200 orang datang ke rumah saya bagi menyaksikan sejadah itu," katanya yang bertugas sebagai guru Sains di Sekolah Kebangsaan Meru, Meru, Klang.

Yusof berkata, pada mulanya ramai yang ragu tetapi apabila diselidik, tiada objek tertentu digunakan untuk membuatkan sejadah itu berdiri. Malah, keadaan sejadah itu lembut dan tidak dapat dibentuk sehingga mampu berdiri.

Katanya, ramai tetamu yang berkunjung ke rumahnya mengambil gambar sejadah ‘berdiri’ itu dan mujur adik iparnya turut mengambil gambar kerana jika tidak, mungkin tiada kenangan untuknya.

"Sejadah buatan Turki itu saya beli di Madinah dengan harga RM20 dan saya menggunakannya sepanjang menunaikan haji. Saya terus menggunakan sejadah itu apabila pulang ke negara ini.

"Hanya selepas sebulan, baru kejadian itu berlaku. Selepas tempoh 32 jam itu sehingga hari ini, kejadian itu tidak berlaku lagi," katanya.

Menurut Yusof, tiada kejadian pelik mahupun menakutkan berlaku kepada dirinya sebelum dan selepas kejadian itu.

"Semua itu kuasa Allah. Saya tidak ambil pusing terhadap pelbagai andaian yang ditimbulkan terhadap kejadian itu. Sehingga hari ini saya tetap menggunakan sejadah itu," katanya.

Sementara itu, jiran Yusof, Nor Azizah Misron, 33, yang juga suri rumah, berkata sepanjang sejadah itu berdiri, dia berulang kali menyaksikannya.

"Memang saya terkejut, seram pun ada juga kerana sejadah itu berdiri sendiri tanpa ada objek menyokongnya," katanya.

Dipetik dari Metro Ahad 24 Februari 2008

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More