Sunday, April 06, 2008

Gambar-gambar Sufiah Yusoft atau Shilpa Lee





Gambar-gambar Sufiah Yusof (Shilpa Lee)


Thursday, April 03, 2008

UMNO Sarkis - kata Sudin dalam Filem Bujang Lapok



Petikan skrip perbualan di antara 3 sahabat Ramli, Sudin, dan Ajis dalam cerita Pendekar Bujang Lapok.

Ramli: Eh.. Sudin, ini bacanya apa macam?
Sudin: Alim Mim Nun Wau, alip tendang wau .. sarkis daa
Ajis: Ape da sarkis.
Ramli: Hey, ini sikit punya panjang bacanya sarkis?
Sudin: Itu yang panjang tu bunga saje, yang sikit tu la sarkis. tak reti?
Ramli: Tulis pakai bunga?
Sudin: Abis takkan hutang je pakai bunga?

Untuk melihat sedutan klip video Pendekar Bujang Lapok, klik sini:

http://www.youtube.com/watch?v=cnnCoszOUwc

Sunday, February 24, 2008

Sejadah berdiri



KLANG: Seorang guru di Taman Kapar Setia, Kapar, di sini, berdepan pengalaman ‘pelik tapi benar’ apabila mendakwa sejadah miliknya yang dibeli ketika menunaikan haji di Makkah ‘berdiri’ dengan sendiri selama 32 jam, baru-baru ini.

Yusof Palil, 46, berkata kejadian mengejutkan itu berlaku pada jam 3 petang ketika dia dan anaknya, Kamarul Effendy, 16, menonton televisyen selepas menunaikan solat Zuhur.

"Selepas menunaikan solat, saya letak sejadah di atas kerusi dan berbaring untuk menonton televisyen bersama anak. Tiba-tiba anak saya memberitahu, dia melihat sejadah itu bergerak dan ‘berdiri’.

"Saya buat tak tahu saja kerana menganggapnya gurauan tetapi apabila saya melihat sendiri, memang benar apa yang diperkatakannya," katanya.


Menurut Yusof, dalam keadaan tergamam, dia menyuruh anaknya memanggil jirannya supaya dapat membantu mengesahkan apa yang dilihatnya adalah satu kebenaran.

"Jiran saya beritahu memang benar sejadah itu berdiri dan dalam sekelip mata, kejadian itu heboh diperkatakan sehingga rumah saya tidak henti-henti dikunjungi penduduk setempat, rakan dan saudara mara.

"Yang menghairankan, sejadah itu ‘berdiri’ selama 32 jam, iaitu dari Isnin jam 3 petang sehingga Selasa jam 10 malam sebelum dilihat jatuh secara perlahan-lahan.

"Sepanjang tempoh berkenaan, hampir 200 orang datang ke rumah saya bagi menyaksikan sejadah itu," katanya yang bertugas sebagai guru Sains di Sekolah Kebangsaan Meru, Meru, Klang.

Yusof berkata, pada mulanya ramai yang ragu tetapi apabila diselidik, tiada objek tertentu digunakan untuk membuatkan sejadah itu berdiri. Malah, keadaan sejadah itu lembut dan tidak dapat dibentuk sehingga mampu berdiri.

Katanya, ramai tetamu yang berkunjung ke rumahnya mengambil gambar sejadah ‘berdiri’ itu dan mujur adik iparnya turut mengambil gambar kerana jika tidak, mungkin tiada kenangan untuknya.

"Sejadah buatan Turki itu saya beli di Madinah dengan harga RM20 dan saya menggunakannya sepanjang menunaikan haji. Saya terus menggunakan sejadah itu apabila pulang ke negara ini.

"Hanya selepas sebulan, baru kejadian itu berlaku. Selepas tempoh 32 jam itu sehingga hari ini, kejadian itu tidak berlaku lagi," katanya.

Menurut Yusof, tiada kejadian pelik mahupun menakutkan berlaku kepada dirinya sebelum dan selepas kejadian itu.

"Semua itu kuasa Allah. Saya tidak ambil pusing terhadap pelbagai andaian yang ditimbulkan terhadap kejadian itu. Sehingga hari ini saya tetap menggunakan sejadah itu," katanya.

Sementara itu, jiran Yusof, Nor Azizah Misron, 33, yang juga suri rumah, berkata sepanjang sejadah itu berdiri, dia berulang kali menyaksikannya.

"Memang saya terkejut, seram pun ada juga kerana sejadah itu berdiri sendiri tanpa ada objek menyokongnya," katanya.

Dipetik dari Metro Ahad 24 Februari 2008

Thursday, February 21, 2008

Jelmaan di Masjid Kristal

Jelmaan makhluk di Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.



Lihat Video: http://www.youtube.com/watch?v=GnQXEnDbKrw

Cuba perhatikan video di dalam youtube di saat ke 24 dan 25. Kelihatan seakan-akan wajah seekor jin atau syaitan yang dapat lihat pada Kubah Masjid Kristal tersebut.

Thursday, January 24, 2008

Faizal Tahir Buka Baju di 8TV



Siapa tak kenal dengan Faizal Tahir. Penyanyi kontroversi yang menanggalkan baju pada konsert stesen televisyen 8TV Ahad lalu. Artis yang sedang meningkat naik ini bertindak demikian ketika membuat persembahan secara langsung. Akibat daripada itu, dia telah digantung daripada menyertai mana-mana acara siaran langsung di stesen 8TV selama tiga bulan.

Tonton klip video striptease Faizal Tahir di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=mEQykOZliKI

Sedikit tentang Faizal Tahir
- Seorang peserta rancangan realiti TV, One In a Million.
- Salah seorang bekas anggota kumpulan nasyid, Mirwana
- Sedang menghasilkan album solo pertamanya.
- Hos rancangan mencari bakat, Gangstarz.

Tuesday, January 08, 2008

DVD Seks Chua Soi Lek



JOHOR BHARU: Akibat terlalu teringin untuk menyaksikan cakera video digital (DVD) adegan seks membabitkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk seri Dr. Chua Soi Lek, seorang lelaki mendakwa kerugian RM50 selepas membeli dua keping DVD termasuk satu mamaparkan aksi mengghairahkan kartun Mickey dan Minnie Mouse.

Seorang jurujual berusia 34 tahun yang enggan dikenali mendakwa, dia didatangi penjual DVD yang menawarkan dua keping DVD yang dijual pada harga RM50.

Menurutnya, gelagat penjual DVD itu agak meyakinkan menyebabkan dia membeli DVD terbabit dan bercadang untuk memusnahkannya selepas menonton di rumah.

"Bagaimanapun saya kecewa kerana didapati satu daripada DVD yang dibeli itu mengandungi kartun Mickey dan Minnie Mouse dalam aksi mengghairahkan manakala kepingan kedua mengandungi aksi seks remaja di China", katanya.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika dihubungi meminta orang ramai yang membli DVD lucah terutama membabitkan rakaman adegan seks Dr Chua supaya menghubungi polis.

"Orang ramai sepatutnya membuat laporan atau memaklumkan segera kepada polis melalui RAkanCop," katanya.

Petikan akhbar Harian Metro

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More