Tuesday, January 08, 2008

DVD Seks Chua Soi Lek



JOHOR BHARU: Akibat terlalu teringin untuk menyaksikan cakera video digital (DVD) adegan seks membabitkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk seri Dr. Chua Soi Lek, seorang lelaki mendakwa kerugian RM50 selepas membeli dua keping DVD termasuk satu mamaparkan aksi mengghairahkan kartun Mickey dan Minnie Mouse.

Seorang jurujual berusia 34 tahun yang enggan dikenali mendakwa, dia didatangi penjual DVD yang menawarkan dua keping DVD yang dijual pada harga RM50.

Menurutnya, gelagat penjual DVD itu agak meyakinkan menyebabkan dia membeli DVD terbabit dan bercadang untuk memusnahkannya selepas menonton di rumah.

"Bagaimanapun saya kecewa kerana didapati satu daripada DVD yang dibeli itu mengandungi kartun Mickey dan Minnie Mouse dalam aksi mengghairahkan manakala kepingan kedua mengandungi aksi seks remaja di China", katanya.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika dihubungi meminta orang ramai yang membli DVD lucah terutama membabitkan rakaman adegan seks Dr Chua supaya menghubungi polis.

"Orang ramai sepatutnya membuat laporan atau memaklumkan segera kepada polis melalui RAkanCop," katanya.

Petikan akhbar Harian Metro

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More